Posted by Nurul Shahidah

2018 telah meninggalkan kita. Di dalamnya mungkin terisi dengan pahitnya pengalaman, peritnya pengorbanan dan manisnya kebahagiaan.

Tapi perlu diingat, itulah namanya KEHIDUPAN.

Di Raffelinna, 2018 mengajar kami jangan sesekali berputus asa. Kerana kejayaan memerlukan suatu usaha yang berterusan setelah mereka yang lain sudah berhenti mengejar.

Pertemuan dan perpisahan silih berganti. Namun apakan daya, takdir telah tertulis. Terima kasih kerana sudi menjadi penyeri 2018 ini.

Pada tahun 2019, kami bulatkan tekad untuk lakukan perubahan. Sekarang adalah masa kami untuk menerajui, memimpin dan mengecapi kejayaan bersama.

Kami sedar kami perlu ambil risiko, bangkit dari duduk dan melompat ke gelanggang lalu bermain dengan kehidupan.

Kami ingin bermula walau hanya dengan satu langkah kecil. Mungkin ada yang akan ketawa dengan langkah kecil itu. Tapi kami tidak goyah. Kami yakin ramai yang akan mengikut nanti.

Masa lalu tak perlu disesali kerana ia tidak akan kembali. Masa depan tak perlu dirisaukan kerana selalu ada harapan.

Selamat Tahun Baru 2019 dengan membawa segenggam impian.

#sisfel #sisfelwarriors #happynewyear #2019