Posted by Felinna Fattah

Sedikit tarbiah sentap dari kakfel.

Berniaga ini sebenarnya satu proses, proses tarbiah utk kita jadi kuat,kental,sabar,redha dan ikhlas.

Bila kita berniaga, semakin hari kita semakin dekat dengan Allah, semakin baik, tenang walau jualan perlahan so kita tahu kita sedang diberkati. Tak semua faham tu…

Ramai rasa dia diberkati bila dia kaya.. duit dia banyak, kereta dia besar, followers dia ramai walau dia masih lagha.

Masa plan nak buat Sisfel, kakfel tak boleh lena. Rasa berat memikirkan amanah. “Ramai wanita bergantung dengan aku, perancangan aku dan mereka mahu aku bantu mereka”.

Kerana Planning yg jelas , setiap kali kelas kami izin ibu bawa anak, kami sediakan tempat mainan dan kami beri suami peluang menjaga anak dengan selesa.

Wanita sebenarnya mampu mengoncang dunia, cuma mereka tak diberi peluang, tak dibimbing dan tak tahu apa mereka perlu lakukan.

Dalam bisnes jika tanya siapa bisnes person yg bawa anak ke mana sahaja, kakfel lah salah satunya. Dari dulu zaman takda maid. Tak tinggal sampai sekarang anak dah ramai masih sama.

Habis kelas atau kerja kakfel bawa la anak anak pergi mall supaya anak rasa happy and bertolak ansur kalau kita sibuk.

Penat ? Ya penat.. penat kerja belum habis dah kena melayan anak.

Tapi nak berjaya memang lah kena penat. Tidaklah kejayaan itu datang bergolek tanpa kita sendiri bangkit utk hadapi nya.

Panggilah sejuta Sifu atau Mentor Hebat dunia sekalipun utk bimbing kita tapi kalau kita tak nak tempuh ujian , asyik giveup dan taknak hadapi proses kejayaan , kita akan tetap kekal sama.

Kejayaan itu adalah proses.. hadapi dengan tenang. Jatuh bangun , ada sales sikit sales.. itu proses… sabar dan jalan terus.

So takperlulah merengek, mengaduh atau tettekan bila diuji. Kita minta Allah bagi kita kejayaan bukan? So hadaplah proses kejayaan…

Nanti sampai masa kita dapat lah apa Kita minta .. Allah itu pasti tunaikan janji. Kita ja terlupa dan selalu bersangka buruk.

Jom bersama SISFEL, klik JOM WHATSAPP>>>