Posted by Muhammad Hasbullah

” Kalau nak tangkap semut, tak perlu susah-susah cari sana sini. Hanya letak sebekas gula saja. Maka semut akan datang dengan sendirinya ”

Ada yang pernah dengar ayat di atas? Kalau tak pernah, teruskan membaca.

Kalau pernah dengar, teruskan baca jugak..hehe

Dalam kita sibuk membuat promosi, mencari pelanggan, menjalankan pemasaran yang tidak henti-henti, usah kita lupa kepada Pemberi Rezeki. Segalanya datang daripadaNya.

Buatlah segala macam promosi pun jika tidak mendapat keizinan dariNya, tiadalah hasilnya. Dalam tidak sedar sebenarnya kita lebih banyak mencari rezeki berbanding dengan menjemput rezeki.

Menjemput kan lebih mudah dari mencari. Jadi, jemputlah rezeki kita.

Sama macam kes semut tadi. Tak perlu susah cari. Jemput semut dengan ‘benda’ yang dia SUKA.

Kalau rezeki macam mana nak jemput?

Kita kena tahu siapakah Pemberi rezeki yang hakiki. Sudah tahu, usahlah kita lupa dan abaikan. Usahlah lupa dan abaikan tanggungjawab kita kepada Dia.

Formula asas menjemput rezeki ialah, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang dilarang.

Bahasa mudahnya adalah buat apa yang Allah suka. Allah suka pada hamba yang ikut perintahNya. Asbab dengan itu Allah bagi lagi nikmat pada hamba tersebut.

Tapi kalau kita buat sekadar yang asas saja, rezeki yang datang pun biasa-biasa saja lah. Nak lebih?

Tambah sikit asas kepada ADVANCE.

Buat BANYAK-BANYAK apa yang Allah suruh, tinggal SUNGGUH-SUNGGUH apa yang dilarang.

Asas = perkara wajib seperti solat, puasa, zakat, hormat ibu bapa dan lain-lain.

Banyak-banyak/advance = perkara sunat seperti solat sunat, sedekah, zikir, selawat, tolong-menolong, kongsi ilmu dan sebagainya.

Sudah dapat bezakan asas dan advance?

Mana satu pilihan kita?

Kenapa kena buat semua tu?

Sebab Allah dah janjikan ganjaran yang besar bagi setiap amal yang kita lakukan kepadanNya. Salah satunya adalah rezeki yang melimpah dan berterusan.

Saya nak kongsikan antara formula menjemput rezeki yang terbukti berkesan dengan izin Allah.

Formula 5S

1. Solat

Perbanyakkan solat sunat. Jika berkesempatan bangunlah di malam hari dan solatlah tahajjud, taubat, hajat, witir mahupun tasbih.

Dan jangan ditinggalkan solat sunat dhuha pada setiap pagi. InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka seluasnya kepada kita.

2. Sedekah

Ramai yang berasa amat kikir untuk bersedekah. Padahal, untuk dapat rezeki yang lebih kita perlulah lebihkan sedekah kita. Allah akan gandakan sebanyak sehingga 700 Kali ganda jika kita ikhlas bersedekah.

Banyak sudah kita dengar jutawan-jutawan yang bersedekah. Adakah mereka miskin? Bertambah kaya lagi adalah. Itu jugalah rahsia kekayaan mereka.

3. Selawat

Rahsia kita dimurahkan rezeki juga adalah dengan selawat. Yakinlah bahawa dengan selawat dan ingatan kita kepada kekasih Allah akan menjadi asbab kepada kemurahan rezeki kita.

Sekali berselawat kepada nabi, Allah akan berselawat 10 Kali kepada kita. Allah akan memudahkan urusan dan rezeki kita selama mana bibir kita berselawat kepada Rasulullah.

4. Surah

Surah dalam erti kata lain ialah Alquran. Alquran adalah mukjizat Nabi yang masih ada sampai sekarang. Gunalah dengan sebaiknya.

Asbab dengan membaca Alquran Allah akan memudahkan segala urusan dan rezeki kita.

5. Syukur

Allah dah janji yang semakin kita bersyukur semakin banyak lagi Allah akan tambah nikmat kepada kita. Bersyukurlah walau dengan hanya sekecil-kecil perkara.

Jangan hanya lihat pada apa yang belum kita dapat, tapi selalulah lihat kepada semua nikmat yang sudah kita miliki.

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah.

Natijahnya, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan dibukakan seluasnya jalan kepada kemudahan, dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka dan diberi pahala yang tidak putus-putus.

Saya doakan semua anda dipermudahkan rezeki..Aminn.

Nak jemput rezeki melalui Sisfel sebagai asbab? Klik JOMWHATSAPP>>>