Posted by Nadea Anne Nazira

Bismillah,

Tips bisnes untuk semua usahawan😍😍

NEVER STOP SHARING.

Ada sesetengah orang, akan ‘bercuti’ dari update status bila mereka down. kononnya nanti bila dah berjaya baru mereka akan mula kembali update status. Saya tak kata pada orang lain, saya juga pernah buat begitu.

Konon-kononnya nak berehat.

Tapi sebenarnya tak! Semangat kita akan datang kembali bila kita update status, bila kita sharing pada kawan-kawan. Kerana ‘circle’ kita adalah circle positif. Mereka akan support kita bila kita memerlukan.

Ini sifir untuk kekal positif.

====================

Tips Perkongsian Info (Promosi) Produk/Servis/Bisnes

Share 2-3 kali, takde orang contact. Orang like pun takde. Orang komen apatah lagi. Takde orang kisah ke kewujudan kita?

Bila nak buat perkongsian info & promosi bisnes kita (produk/servis) kita tak boleh jadi manusia sangat. Sebab apa? Manusia ada perasaan. Sedih orang tak layan. Kecewa orang tak pandang. Rasa rendah diri. Frust. Fed-up.

Bila nak buat benda-benda seumpama itu, kita kena tukar mindset jadi BILLBOARD. Tahu billboard? Yang tercongok di tepi jalan & tepi highway tu.

Hari-hari billboard tu dok tunjuk benda yang sama (sampai habis kontrak dia lah). Hari-hari pun orang tak kisah dengan apa benda pun yang dia nak tunjuk. Mungkinlah… 2-3 orang perasan. Atau ramai sikit bila ada trafik jam.

Adakah bermakna iklan di billboard tu ditolak?

Mestilah tak. Cuma mungkin bukan hari ni. Mungkin besok. Lusa. Atau tulat.

Macam tu lah bila kita nak buat sharing/promosi bisnes kita. Kena jadi macam billboard. Biarlah orang tak layan pun. Mungkin diorang tak layan tapi diorang baca. Hari ni kita share, esok share lain, lusa share lain, lama-lama kita akan ada followers.

Tapi kalau kita teruskan menjadi manusia, 2-3 kali share takde orang layan, kita sedih. Pastu taknak buat dah. Bayangkanlah betapa ruginya bila kita berhenti hanya sebab keciwa orang tak layan.

Brand besar-besar pun masih beriklan hingga hari ni. Kita yang baru nak bermula ni mestilah kena berganda-ganda lagi usahanya. Kalau kita spesis Neelofa mungkin takpelah agaknya, orang duk tunggu je bila nak keluar produk baru. Tapi Neelofa pun iklan jugak ape.

Don’t give up

Kipidap…