Posted by Mohammad Hasbullah

RASA NAK GIVE UP ??

Jika ada antara kita yang rasa give up, lost atau tak semangat..Jemput baca posting di bawah.

WARNING ! Posting ini agak panjang..mohon baca dengan tabah dan tenang ya =)

Ada masa kita betul-betul bersemangat..rasa membara nak buat semua benda..perasaan nak capai impian tu membuak membuak..

Tapi..

Akan ada satu masa jugak tiba-tiba kita rasa nak give up, tak semangat dan dah tak yakin dengan apa yang kita sedang usahakan..

Akan ada satu suara kecil dalam diri yang akan persoalkan perjuangan kita..tambah-tambah selepas kita sedang hadapi waktu yang sukar.

” Boleh ke aku buat semua ni ? ”

” Ehh baik tidur lah senang..lagi best tidur dari susah-susah niaga ni ”

” Tengok ramai yang gagal..boleh ke aku buat ni..”

” Aduh susahnya..macam mana nk survive ni..hmm ”

Dan banyak lagi suara-suara kecil yang cuba melumpuhkan semangat kita.

Kadang-kadang HALANGAN terbesar untuk berjaya adalah datang dari DIRI SENDIRI.

Kita yang harus dahulu berperang dengan sisi negatif yang ada di dalam diri jika nak berjaya kerana ia akan sentiasa ada di dalam diri kita.

Jadi apakah perkara yang boleh dilakukan supaya kita sentiasa bersedia berperang dengan diri sendiri?

Apa tonik yang kita boleh gunakan untuk menjadi benteng kepada musuh utama kita tu?

Di bawah ni ada beberapa tonik dari banyak tonik yang boleh diguna pakai.

1. Berdoa kepada Pencipta kita

Yang paling utama yang boleh mengawal diri kita selain diri sendiri adalah Pencipta kita. Mintalah supaya Sang Pencipta sentiasa memberi kekuatan kepada setiap perkara yang kita lakukan. ( Perkara baik saja )

Mintalah supaya diteguhkan hati kita untuk tetap berada pada landasan yang betul. Disamping berdoa, mintalah keampunan atas dosa yang dilakukan.

Kadang-kadang kita tak sedar ada dosa-dosa yang kita lakukan tanpa sengaja yang mana mungkin asbab dari situlah yang mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan kita selama ini.

2. Re-visit Big Why, Visi dan Misi ( Matlamat )

Re-visit maksudnya ulang baca atau lihat kembali tujuan utama perjuangan kita. Sentiasa refresh perkara penting tu untuk kita kekal bersemangat mencapai apa yang kita impikan.

Tapi perkara utama adalah pastikan kita sendiri SUDAH JELAS dengan matlamat utama yang mahu dicapai. Tulis matlamat tersebut supaya lebih jelas lagi dan ulang perkara yang sama setiap hari.

Wujudkan minda separuh sedar yang akan terus mendorong anda kekal bersemangat setiap hari. Bayangkan yang kita sudah mencapai perkara tersebut. Bayangkan dengan penuh emosi dan perasaan.

3. Berada Dalam ‘ Circle ‘ Positif

Berada dalam jemaah akan menjadikan kita lebih kuat berbanding bersendirian. Serigala akan mudah untuk membaham kambing yang bersedirian berbanding yang berada dalam satu kawanan yang besar.

Apabila sedang down ataupun rasa tak semangat, dapatkan sokongan ataupun nasihat dari sahabat lain. Cuba libatkan diri dengan aktiviti berkumpulan.

Dapatkan aura positif dari orang lain. Kongsi apa yang sedang dirasa dan kumpul kembali energi yang hilang dari ahli kumpulan yang lain.

4. Dengar ‘ Motivasional Speech ‘

Ada sesetengah orang yang dapatkan kembali semangat dengan mendengar motivasi dari orang berpengaruh atau dari public figure yang pakar dalam bidang mereka.

Tak perlu hadir ke mana-mana program atau kursus motivasi..Boleh tonton secara online sahaja seperti di Youtube.

Ada bermacam petikan kata-kata ataupun petikan video motivasi yang boleh menaikkan kembali semangat.

Mulakan hari dengan mendengar dahulu perkara yang baik dan boleh menaikkan energi bekerja. Ada yang simpan dalam bentuk MP3 dan dengar melalui telefon.

Ada yang pasang dan dengar di dalam kereta. Pokoknya sentiasa biarkan perkara positif bermain di dalam fikiran kita.

5. Sentiasa Upgrade Ilmu

Salah satu punca kita sering gagal adalah kerana kurangnya ilmu. Apabila sering gagal disebabkan ilmu yang tak cukup, akan membawa kesan kepada putus asa.

Pastikan setiap hari ada ilmu baru yang ditambah di dalam diri kita.

Salah satu cara yang cepat dan mudah menambah ilmu adalah dengan membaca buku. Jadilah bangsa yang membaca.

Buat target seperti 1 bulan 1 buku untuk dibaca.

6. Sentiasa Ada Perancangan ( Game Plan )

Antara asbab kita ada masa untuk berasa tak semangat dan berputus asa adalah kita tak penuhkan masa tersebut dengan perancangan yang baik.

Sebagai contoh, kita akan dapati perbezaan ketara jika ada hari yang kita sudah ada perancangan yang hendak dibuat berbanding dengan hari yang kita tak bersedia ataupun rancang apa nak dibuat.

Supaya hari kita lebih terkawal, wujudkan jadual harian yang sistematik bagi memudahkan proses harian kita berjalan dengan baik.

Cuba bayangkan anda sudah jelas apa yang nak dibuat pada hari tersebut. Anda rasa ada masa ke untuk anda berfikir perkara negatif?

Tapi dengan syarat anda kenalah disiplin ikut perancangan yang telah dirangka dengan teratur.

7. Jaga kesihatan Jasmani dan Rohani

Badan yang tak sihat dan kurang stamina juga boleh meyumbang kepada mental yang lemah.

Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ataupun aktiviti yang mengeluarkan peluh. Target bersenam 3 kali seminggu pun sudah memadai.

Disamping itu, pemakanan yang baik juga harus dijaga. Pastikan makan makanan yang berkhasiat dan sudah tentu dari sumber yang halal.

Dan juga makanan rohani jangan dilupa. Banyakkan berzikir, berselawat, membaca Alquran dan menghadiri kuliah agama.

8. Elakkan Terlibat Dengan Perkara Yang Tak Membantu

Kita sering kali mudah terganggu atau terbawa-bawa dengan sesuat perkara. Sebagai contoh jika ada isu semasa yang tengah hot, tak perlulah kita beriya-iya atau melebih-lebih.

Cukup sekadar ambil tahu dan move on.

Tak perlu jadi pengkritik bebas mahupun acah-acah hero yang dapat selesaikan semua benda. Akibat terbawa-bawa dengan benda tu lah boleh membuatkan kita hanyut dari matlamat utama.

BONUS

———–

Memandangkan ramai antara kita menggunakan Facebook, JANGAN biarkan unsur-unsur di Facebook mengganggu momentum kita.

Elakkan dari follow page ataupun rakan yang negatif. Elakkan dari melihat perkara yang bolehh mengganggu kerja kita.

Dinasihatkan untuk follow atau ‘See First’ page/personal Fb orang yang sentiasa menyebarkan perkara positif.

Boleh mula untuk tapis sama ada page atau rakan-rakan yang negatif untuk tidak muncul di fb kita.

Jadi, apabila buka Fb saja kita hanya dapat info atau bacaan yang bermanfaat dan positif saja.

Sekadar ini sahaja beberapa perkara yang nak saya sampaikan. Sebetulnya nukilan ini dibuat untk diri rujukan diri saya sendiri.

Jika ada yang bermanfaat, boleh juga sama-sama jadikan panduan.

” The Hardest Choices Require The Strongest Wills “

Jika jalan ini yang kita pilih, sesukar manapun jalan tersebut jika kita ada kemahuan yang tinggi, pasti akan peroleh kejayaan.

Saya doakan kalian semua berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita lakukan.

****

Kapsul Hormony by Sisfel menstabilkan hormon dan mengembalikan mood yang ceria setiap hari. Setiap wanita perlukan ini. Klik link JOM WHATSAPP>>>>