Posted by Puan Felinna Fattah, founder

Ini cerita benar yang mungkin ramai tak percaya.

Antara sebab kakfel selalu bertegas mengenai patuh syariah. Dan kakfel mula menjauhi ramai kawan founder yg mungkin rasa perkongsian patuh syariah kakfel menjatuhkan mereka.

Ramai founder tak suka kakfel sebab kakfel loud dan perasan bagus kata mereka.

Fikir mereka ,kakfel buat bisnes, buat jalah bisnes sendiri, takpayah kacau orang nak buat testimoni palsu ke, tak tutup aurat ke, JANGAN KACAU ORANG.

Bagi kakfel sebenarnya siapa sahaja sebagai founder . Walau macamna sikap kita , kita akan menarik followers.

Dari situ jika baik kita beri teladan orang akan ambil yg baik. Jika buruk secara tidak sedar mereka yg jahil atau naif akan terikut.

Kakfel pernah mendengar suami bercakap. Ada antara kawan mereka mengatakan “kalau Fb aku tu jangan percaya sangat, sembang ja juta juta tapi tak dapat pun, biasalah marketing “.

Malangnya kata kata itu keluar dari mulut beliau yg selalu bercakap mengenai patuh syariah and islam.

Tetapi beliau memalsukan nilai sales, membuat sendiri screenshot wassap jualan dan menipu testimoni menjadi ejen. Hanya kerana tidak mahu dilihat lemah dan menarik orang menyertai beliau.

Beliau terlupa perjuangan patuh syariah yg sebenar. Maka golongan ini akan membuatkan sesiapa yg berniaga menggunakan agama digelar “penunggang agama”.

Walhal masih banyak yang jujur dan ikhlas dalam perniagaan mereka ( ini kakfel akui )

Dari situ kakfel lagi keras berjuang mahu menyelamatkan dunia niaga yg makin penuh tipu daya.

Kakfel banyak dosa. Tapi percaya tak Allah izin selalu kakfel terlepas pandang pasal aurat bila upload gambar akan ada followers pm menegur dengan baik.

Ada juga yg selalu memberi pendapat dan benda ni kakfel yakin asbab kakfel juga selalu menegur kawan niaga dengan ikhlas.

Kalau kakfel dengki, kakfel tak payah tegur.. biar ja depa bergelumang salah dan dosa. Sbb kakfel tahu mereka yg tidak ikut jalan Allah takkan ke mana mana. Tak perlu rasa tercabar walau mereka kaya gila.

Ujian akan datang tak berhenti buat mereka tanpa mereka sedar itulah asbab melakukan kemungkaran.

Kakfel tidak menghukum tapi memang begitu di dalam Al Quran. Hingga ada termaktub maksud istidraj. (Please google)

Tapi sebab sayang, kasih , bila nak berjaya biarlah bersama maka kakfel beranikan diri tegur walau kakfel tau ramai benci kakfel dan rasa macam kakfel ni perasan bagus.

Dunia dah tenat. Kakfel dah tak banyak masa tarbiah satu satu.. jika positif di ambil dari posting kakfel maka akan nampak manis.

Percayalah kawan, Kadang kita terasa dengan seseorang, sentap bukan kerana orang itu tapi Allah mahu menegur dan memberi hidayah.

Gunakan sebaiknya kawan kawan… buat bisnes biarlah kejayaan itu kita mampu gunakan di syurga.

Bukan hanya dunia .

Berhenti siar testimoni tak tutup aurat, menipu timbangan , melemparkan finah menjatuhkan pesaing dan banyak lagi..

Pujian dunia hanya akan melalaikan , pilihlah menjadi peniaga yg sentiasa ada dunia akhirat.

Kakfel masih jauh.. jauh dari bagus. Tapi jika status ni menjentik hati hati sesiapa semoga asbab itu menjadi satu sebab kaki kakfel ditarik ke syurga walau tahu jauh dari layak.

Tegurlah juga jika kakfel bersalah.. sungguh kakfel hamba yg lemah dan hina. Semoga Alalh pelihara kita semua.

Sudah kita mahu meninggalkan tahun 2018, maka marilah berpusu mengubah konsep niaga dan bangkit menuju jalan kebenaran.

Jika rasa status ini bermanfaat , kongsilah di wall anda untuk peringatan bersama semua sempena tahun baru agar kita memulakan langkah pertama tahun baru sebagai khalifah dengan berpesan pesan dengan kebenaran .

#sisfelfounder #tipsfelinnanadea

Nak bersama Sisfel? Klik JomWhatsapp>>>