7 Punca Rambut Gatal & Cara Mengatasinya.

Kepala anda sering gatal? Masalah sebegini menghantui tidak kira kaum lelaki ataupun wanita.

Apakah sebabnya terjadi masalah ini? Dan bagaimana cara mengatasi masalah rambut gatal dengan lebih efektif?

1) Kelemumur

– Menurut Jennifer Haley, MD, FAAD ahli dermatologi Arizona, lebih kurang 40% manusia di muka bumi ini akan mengalami masalah kelemumur sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Perubahan cuaca, tekanan hidup yang melampau dan pengambilan gula secara berlebihan dalam diet harian adalah antara faktor terjadinya kelemumur yang akan menyebabkan kulit kepala sering gatal-gatal.

2) Kutu

– Kutu adalah diantara sebab kulit kepala menjadi gatal. Rasa gatal disebabkan oleh air liur yang disuntikkan kutu rambut pada kulit kepala ketika ia menghisap darah.

3) Kulit kepala kering

– Perubahan cuaca boleh mengakibatkan kulit kepala menjadi kering dan gatal. Hal ini terjadi kerana kulit kepala kehilangan minyak yang melindunginya. Penggunaan syampu dan perapi yang tidak berkualiti juga boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala kerana kehilangan minyak semulajadi rambut. Mencuci rambut dengan terlampau kerap dan membilas rambut dengan air panas juga merupakan punca kulit kering.

4) Mengikat rambut terlalu ketat

– Mengikat rambut dengan terlalu ketat bukan sahaja akan menyebabkan kulit kepala anda menjadi gatal malah akan menyebabkan keguguran rambut. Menurut Dr. Shinhouse, mengikat rambut terlalu ketat akan menarik rambut serta saraf dan otot kearah yang tidak semulajadi, sekaligus mengakibatkan kulit kepala menjadi gatal apabila anda meleraikan ikatan rambut.

5) Selaran matahari

– Setelah berjemur di bawah matahari seharian tanpa melindungi rambut anda lalu anda merasa gatal-gatal dan tidak selesa? Lalukan air sejuk pada kepala anda kerana ia mungkin gatal akibat selaran matahari.

6) Penyakit kulit

– Penyakit seperti ekzema dan jangkitan fungus juga merupakan punca terjadinya kegatalan pada kulit kepala. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai untuk masalah ini.

7) Alergik

– Menurut Dr. Jennifer Haley lagi, sebarang produk yang digunakan pada kulit kepala boleh menyebabkan alergik jika tidak sesuai. Jika anda masih mengalami gatal-gatal walaupun anda bebas daripada masalah lain seperti kelemumur, kutu atau kulit kepala mungkin produk rambut anda tidak sesuai.

Anda inginkan produk rambut yang terbaik dengan harga yang berbaloi?

SISFEL ingin membantu anda yang mempunyai masalah rambut dan kulit kepala supaya anda menjalani hari hari anda dengan penuh keselesaan.

Ingin tahu lebih lanjut? Klik ja link JOM WHATSAPP untuk konsultasi.

#sisfel #sisfelwarriors #argany #hairserum